Cabaran kebajikan sosial pada masa kini dan hadapan
Kebajikan sosial sering dikaitkan dengan sosial. Di Malaysia, kebajikan sosial telah lama wujud dan perkhidmatan yang sering diberikan adalah dari segi menjaga kebajikan rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan dari pelbagai aspek kehidupan seperti kesihatan, pendidikan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) merupakan sebuah agensi yang sering dikatkan dengan kebajikan sosial. Agensi ini berperanan untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan kurang berkemampuan dalam memenuhi keperluan asas bagi menjalani kehidupan seperti yang telah dinyatakan.
Pada masa kini, golongan yang memerlukan diberi bantuan tetapi ada segelintir dari mereka masih lagi tidak mendapat bantuan yang sepatutnya. Hal ini mungkin juga disebabkan ada sesetengah pihak yang tidak menjalankan tanggungjawab akan amanah yang telah diberikan. Di sini pekerja sosial berperanan dalam membantu bantuan yang diberikan disalur kepada mereka yang sepatutnya menerima. Kefungsian hidup golongan yang memerlukan ini harus diberikan perhatian yang sewajarnya. Cabaran yang diterima adalah dari segi bantuan yang diberikan disalur kepada mereka yang berhak. Bantuan itu haruslah digunakan sepenuhnya dalam memabntu golongan ini mendapat kehidupan yang lebih terjamin.
Pada masa akan datang, mereka yang dilantik sebagai pekerja sosial perlulah memiliki kelulusan dari bidang sains sosial yang mengkhusus kepada kerja sosial. Tanpa pengetahuan yang tinggi mengenai bidang ini, perkhidmatan yang diberikan tidak akan tercapai matlamatnya. Selain itu, kebajikan sosial di negara kita dapat ditingkatkan sekiranya semua pihak memainkan peranan mereka sebaiknya dalam membantu golongan yang memerlukan.
Wednesday, October 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment