Sunday, August 9, 2009
isu warga emas
"Kebajikan Sosial Dalam Konsep 1 Malaysia"
Konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Haji Tun Abdul Razak, unuk menerapkan nilai perpaduan dalam diri setiaap rakyat Malaysia agar mereka sama-sama berganding bahu dan bersatu padu dalam menggerak dan mengharmonikan negara Malaysia tercinta. Bagaimana pula jika konsep 1 Malaysia ini dilihat dalam konteks kebajikan sosial. Adakah dalam mengenengahkan nilai keadilan sosial dapat membantu Malaysia mencapai matlamat 1 Malaysia?
Pada asasnya, kebajikan sosial bertujuan untuk membantu ahli masyarakat meningkatkan kualiti hidup dalam menjalani kehidupan yang sempurna serta selesa.
Terdapat 8 nilai yang diterapkan dalam konsep 1 Malaysia iaitu:
- budaya berprestasi tingii
- budaya ketepatan
- budaya ilmu
- budaya inovasi
- integriti
- kebijaksanaan
- ketabahan
- kesetiaan
Kesemua nilai yang ada ini harus diterapkan dalam diri setiap pekerja sosial agar mereka boleh menjadikan ia sebagai panduan dalam memberikan khidmat kepada ahli masyarakat bagi membantu dalam mencapai kefungsian sosial mereka.
Setiap khidmat kebajikan yang dijalan berlandaskan konsep 1 Malaysia akan dapat untuk membantu membina minda masyarakat ke arah pemikiran yang lebih positif dalam pembangunan diri dan keluarga. Selain itu, kebajikan melalui konsep 1 Malaysia ini akan dapat membantu untuk membentuk sikap yang positif dalam membina kekuatan diri untuk menghadapi cabaran di masa hadapan.